Thursday, August 7, 2008

soalan soalan pp

BAHAGIAN A
Jawab semua soalan.

1. (a) Berikan empat jenis aktiviti perniagaan perkhidmatan yang boleh dijalankan oleh
sesebuah perniagaan. [2]
(b) Nyatakan enam faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan. [3]
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan dan keberkesanan. [3]
(d) Apakah yang dimaksudkan dengan struktur organisasi. [3]
(e) Jelaskan maksud pengurus yang mengamalkan gaya kepimpinan bebas
(laissez-faire.) [3]
(f) Senaraikan lima peringkat yang dilalui oleh seseorang pengguna dalam proses membuat
keputusan pembelian barangan. [2 ½ ]
(g) Jelaskan maksud susun atur kedudukan tetap dan berikan contoh yang sesuai. [2]
(h) Terangkan dua alat keputusan kuantitatif dan satu alat keputusan kualitatif yang
boleh digunakan dalam membuat keputusan perniagaan. [1 ½ ]
(i) Terangkan maksud ketegangan dan dua punca ketegangan yang disebabkan oleh faktor
organisasi. [3]
(j) Nyatakan empat tabii orang yang berjaya mengikut Stephen Covey




2. (a) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan promosi. [3 ]
(b) Huraikan kaedah sesebuah syarikat menentukan belanjawan promosi.[10]
(c) Pengurusan logistik dan agihan fizikal memainkan peranan yang penting dalam
fungsi pengedaran, ini kerana kelemahan dalam pengurusan logistik akan
meningkatkan kos produk Jelaskan mengenai sistem logistik yang saling
bergantungan antara satu sama lain [12 ]


Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.

3. (a) Huraikan peranan perniagaan kepada :
(i) masyarakat
(ii) ekonomi [12]
(b) Huraikan maksud perniagaan tahap huluan dan perniagaan hiliran. [4]
(c) Berdasarkan perkembangan perniagaan daripada tahap huluan ke tahap
hiliran, dengan menggunakan satu contoh, jelaskan tiga jenis perniagaan yang
terlibat. [9]

4 (a) Jelaskan maksud perancangan. [5]
(b) Bincangkan kepentingan perancangan dalam pengurusan sesebuah
organisasi. [10]
(c) Huraikan gaya kepimpinan yang sesuai untuk pekerja berdasarkan
Teori X dan Teori Y. [10]

5. (a) Apakah yang dimaksud dengan pengorganisasian [4]
(b) Huraikan secara ringkas tiga konsep pengorganisasian [9]
(c) Nyatakan empat langkah dalam pengorganisasian [12]

6. (a) Huraikan lima langkah yang terlibat dalam proses membuat keputusan secara
rasional. [10]
(b) Terangkan pengaruh persekitaran dalam proses membuat keputusan. [ 5]
(c ) Bincangkan kebaikan dan kelemahan pembuatan keputusan secara kumpulan. [10]

7. (a) Alat keputusan statistik dan pokok keputusan merupakan dua alat yang boleh
digunakan oleh pengurus di dalam membuat keputusan yang bersesuaian.
Bincangkan. 15]
(b) Terangkan apa yang dimaksudkan dengan kejayaan seimbang dan jelaskan
kepentingan kejayaan seimbang di dalam organisasi perniagaan. [10]

program lepas sebagai rujukan

PROGRAM JABATAN VOKASIONAL & TEKNOLOGI

PANATIA PENGAJIAN PERNIAGAAN


Laporan Aktiviti Guru

1 Mesyuarat Panatia secara berkala bagi membincangkan perkembangan semasa
sukatan pelajaran, dan masalah masalah yang timbul dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas.

2 Mesyuarat khusus mengikut keperluan untuk membincangkan masalah pencapaian sesetengah pelajar yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan khususnya pelajar yang gagal mendapat prinsipal dalam matapelajaran ini.

3 Mengadakan proses perkongsian sumber dan sentiasa mengadakan perbincangan dengan guru guru Pengajian Perniagaan sekolah lain


LAPORAN AKTIVITI PELAJAR

1 Menjemput pelajar tahun tahun 2002 yang telah berjaya mendapat prinsipal A dalam matapelajaran Pengajian Perniagaan untuk berkongsi teknik belajar, teknik menjawab, dan motivasi kepada pelajar.

2 Menjemput Puan Sofiah Said (Ketua Pemeriksa kertas PP 1) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar untuk memberikan teknik menjawab kepada pelajar pada 15 Julai 2003.

3 Menjemput Puan Rashidah Bachik (Ketua Pemeriksa PP2) untuk memberikan ceramah teknik menjawab kepada calon STPM 2003.